Thursday, 7 May 2015

ORAL SURGERY : Bakal Menjalani Pembedahan Gigi

Assalamualaikum,,

setelah berhari-hari, berbulan bulan menangung ketidak selesaan kerana gigi, akhirnya aku buat keputusan untuk cabut gigi yang buat aku cakap makin pelat sampai kene ejek cakap dah tak betul,.. 

so semalam aku pun pegi lah klinik pergigian kerajaan Selayang Baru untuk cabut gigi. sampai je biasa la klinik kerajaan kan.. mmg agak lama la ambil masa untuk tunggu, kalau nak cepat pegi swasta ye. tp mahal die jangan tanye hehe. dan sampai je aku tgk ramai juga yang dah mengambil no utk tunggu 
waktu operasi untuk pesakit luar  bagi pesakit Dewasa 
adalah Pada Isnin -Khamis 7.30pagi-12.30 tengah hari sahaja 

kalo datang time petang mmg die suruh je korg datang esok sbb petang adalah untuk yang appointment sahaja.

ok berbalik kepada berjaya ke aku cabut gigi.. meh aku sambung.. selepas ambil no so aku tunggu la sementara no di panggil 


haaa ni bukan lagi 5000 no aku kene tunggu ok.. kalo 5000 jenuh la runtuh klinik ni ramai noo sakit gigi. hehe. die asingkan jenis pesakit ikut nombor depan.. so nak cabut gigi no depan mula dengan 7.. so aku giliran ke 4.

ok masuk je jumper Doc perempuan yang manisss je baik pulak tu.. die terus tanya.. nk cabut gigi mana? then aku tunjuklah gigi n cerita kenapa aku nak cabut walaupun tak de sakit takde ape.. 

then die pun cek lah gigi tu dulu samaada boleh untuk dicabut terus atau tidak.. then doc tu kata.. gigi ni takleh cabut mcm ni je.. n kene buat opperation..sbb kedudukan die and die tak goyang atau sakit.. *telan air liur jap..



ok gigi dalam bulatan hitam tu adalah yang aku nak cabut pada mulanya sbb aku selalu tergigit lidah sendiri pasal gigi tu.. dan waktu doc tu cek gigi aku die kata kat pipi ada bekas tergigit.. 
yup mmg paling selalu tergigit pipi time kunyah ok..
ini mmg paling siksa,, bile tergigit mule la die jadi ulser.. 


amaran : jangan muntah tgk gigi aku

doc tu kata disebabkan gigi geraham bongsu aku tumbuh tak betul.. buatkan aku susah nak mengunyah dengan betul sbb tu tergigit pipi.. die kata bahaya bile dalam mulut selalu luka.. nanti senang infection dan die cadang aku cabut sekali gigi graham tu.. n die totalkan semua 5 batang gigi aku perlu cabut. tapii.. die kata tak boleh cabut biasa.. kene buat operation sbb banyak sangat gigi nak di cabut! again aku *telan air liur

die bagi surat refer hospital untuk buat appointment dengan
 Pakar Bedah Mulut di Hospital Selayang..
so semalam jugak aku terus pegi Hospital untuk tau procedure die mcm mane semua.. then nurse tu terus bagi appointment date utk x-ray n jumpa pakar untuk bincang semua.. 

so next appointment kene pegi 20/5/2015 dekat hospital selayang..  

so nanti aku sambung adakah aku kene buat operation ke. mcm mane procedure utk operation tu semua ok... harap2 kalo kene buat operation pun bia la lepas raya.. kalau tidak raya org makan lemang ketupat,, aku mkn bubur pakai straw.. haha 


thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: baca pengalaman org opperation gigi mula la aku seram,, kalo org lain opperation cabut 1, aku ni nak cabut 5 oiii.. tah cm ne plk rasa die hewhewhewww!


7 comments:

  1. ermmm
    sama la anum dah settle bab2 operate gigi nie tp kesakitan selepas bius ilang arggggggggggh

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya berjalan dengan lancar & baik-baik saja ya!

    ReplyDelete
  3. alaaa,gigi onie pun giniiiii,memang rupa gini kena operate la T_T

    ReplyDelete
  4. Aiii pun nak kena oprate juga 5batang sebb braces πŸ˜‚πŸ˜‚ 17/6 ni

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...