Tuesday 14 July 2015

Cerita Raya - JUADAH HARI RAYA (WAJIB)

Assalamualaikum,,

haaa lebih kurang 3 hari je lagi kita bakal menyambut Aidilfitri.. mesti dah tak sabar dah semua kan.. bg yang perempuan biasa lah dah nak bersiap untuk kepasar nak cari kelengkapan untuk masak menu menu wajib di hari raya.. 

haaa meh aku nak cerita menu wajib bagi keluarga kitorang kalau Hari Raya, dan menu wajib untuk aku dapatkan semperna raya hehehehe
sebab kitorang selalu raya di Kuala kangsar so menu Kuala kangsar tu harus lah di buat...

LEMANG

ni mmg wajib sbb abah adalah Peminat Pulut no 1.. die mmg sgt suke Lemang.. dan die takkan beli.. ni wajib buat setiap tahun.. sampai kitorang adik beradik pun.. InsyaAllah dah boleh dah buat lemang sendiri lepas ni sbb hasil tunjuk ajar dari Abah.. lemang kalau abah buat mmg sedap lembut tak berkerak dan paling best lemak die perrrrgghhhh meleleh air liur..

mcm biasa la lemang mmg balas die dengan rendang daging atau ayam.. tp kalau raya.. mama lagi suke masak rendang daging.. dan paling aku suke lemang Jagung.. perrgghhh tak sabar nak bakar lemang dah ni khamis ni sesi mengadap api bakar lemang!..

KETUPAT

kalau org Joho ni kalau raya takde ketupat mmg tak rasa Rayanya.. jadi disebabkan tahun ni aku dah craving gile dengan ketupat daun ni.. aku dah ckp ngan mama,, taun ni nak buat ketupat nak anyam sendiri taknak la ketupat pelastik je tiap taun.. 

bukan ape.. sbbkan takde yang pandai mengayanm ketupat tu selain mama ngan aku je.. so ma agak malas nak buat sbb tak larat die kata.. jadi kite tgk nanti adakah berjaya dptkan ketupat daun atau pun ketupat pelastik jugak yang di hidang hehehehe

kalau ketupat aku ni mmg selera org joho kuat sikit.. aku suke kuah lodeh letak sambal kacang.. perrrgghhh mmg berulang aku makan... hehehe jangan tanye kenape gemok lepas raya.. hahah


LEMANG PERIUK KERA

haaa ni adalah salah satu menu kegemaran kitorg sekeluarga.. walaupun kitorg tak buat sendiri.. sbb taknak ambik periuk kere tu sbb tau kere tu pun nak raya jugak.. sian die nak masak pki ape nanti kalo periuk die kita ambik.. hahaha

ok menu ni kitorang akan pegi ke rumah sepupu dekat je boleh jalan kaki.. so wajib pegi beraya ke rumah sepupu ni sbb nak makan lemang periuk kere punyer pasal.. mmg sedap lain rasa die. lemang ni dimasak dengan cara kukus pulut dan santan diletakkan di dalam periuk kera tersebut. heheh


LAKSA KUALA KANGSAR


haaa yang ni pun kitorg tak masak sendiri.. sbb bestnyer raya di kuala kangsar ni.. kitorang dah tau rumah mane masak Laksa rumah mane masak mee kari.. so kalau nak makan pegi je beraya rumah jiran-jiran ni.. nampak mcm tak malu kan.. dah tue2 pegi beraya lagi hahahaha tp ini adalah rutin kitorg tiap tiap tahun..tp kitorg pegi beraya bkn nak duit raya pun.kalau dapat alhamdulillah hhahahaha. pegi sbb nk makan n nk jumpe jiran2 le, sbb laksa kuala kangsa ni mmg tak dapat kat KL wehh..

so mmg wajib kitorang pegi beraya ke rumah jiran untuk makan laksa kuale kangsa ni heheheheh so jiran jiran kat kampung tu pun bkn org lain mmg mcm sedara mara.. walaupun kitorg yang tak duduk kt kampung ni pun, skali skala balik pun diorg mesti kenal jugak.. 

jadi itulah antara menu menu wajib yang harus aku dapatkan di hari raya ini.. hehe walaupun raya pertama belah Mr.H tahun ni.. tp takpe mr.H kata raya ke 2 kita balik kuala kangsar juga.. heheh and plus ad kenduri pun kat kampung raya ni.. hehehe harap harap raya tahun ni akan tercapai la semua food list ni masuk dlm perot.. heheh

so selamat hari raya semua.. saya HUSNA BINTI MOHD YUSOF memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca yang ada terguris hati tersinggung dan ad terkasar dalam sebarang penulisan saya sepanjang berblogging ni.. semoga kita terus mengeratkan uquah sesama muslim dan saudara.. hati hati di jalan raya.. semoga Aidilfitri kalini memberi seribu keceriaan kepada semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

thanks for your time
xoxo Puan Husna


p/s: insyaAllah lepas raya ad berita gembira nak bagi tau... heheh

*gambar sumber google

1 comment:

thanks for reading, jom share pendapat tentang post ni (^_^) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...